Sunday, 23 April 2017

JOM DIY CANTIKKAN MUKA!



3 LANGKAH MUDAH UNTUK DAPATKAN KULIT LEMBUT GUNA BERAS





Rejim membersihkan muka adalah asa untuk memastikan kulit berada dalam keadaan sihat, bersih dan berseri. Namun, walau telah menjadi rutin harian, mungkin ada kesilapan yang anda buat ketika mencuci muka kerana kulit anda masih lagi kasar, seperti agak bersisik.
Ketahui cara mengatasi masalah kulit kasar dan kering serta petua mengekalkan kelembapan semula jadi kulit anda. Wanista kongsikan petua gunakan beras untuk kulit lembut. Ya, guna beras dan Insyaallah ianya mujarab!

Apa yang perlu anda lakukan, adalah:
  1. Goreng beras tanpa minyak sehingga ronanya keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.
  2. Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air, sedikit sahaja. Kemudian, gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan lulur.
  3. Lakukan lulur ini 3 kali seminggu. Lulur beras ini bukan sahaja akan menjadikan kulit anda lembut malah turut cerah berseri.

No comments:

Post a Comment